Ahad, 13 Mac 2011

Di mana kita...













Apabila kita tidak mampu berfikir secara kreatif, kita mudah menuduh orang lain bertanggungjawab menyebabkan kita tidak kreatif. Kita tuduh ketua kita, pihak pengurusan, malah isteri atau suami kita yang tidak mendorong kita kreatif dan tidak menghargai idea kita selama ini. tapi sebenarnya....diri kita sendiri adalah faktor utama.....Kita dirikan tembok di jalan laluan otak kita dan kita terperangkap di dalamnya. Antara 'tembok' itu adalah :

Takut dikata bodoh...


















    Inilah tembok kreativiti paling tebal yang kita cipta sendiri. Selama ini kita banyak berkorban waktu, wang, tenaga dan perasaan untuk menjadi orang terpelajar, profesional dan waras. Semua orang tahu orang profesional tidak bodoh. Atas anggapan inilah, kita tidak mahu berkata apa-apa atau melakukan apa-apa yang boleh membuatkan diri kita kelihatan bodoh. Fikir-fikirkan....

Takut gagal...


















   Kita seboleh-bolehnya menghindari apa jua bentuk kegagalan. Kita percaya kegagalan itu ialah musuh kejayaan. Pada anggapan kita, kegagalan bukan jalan kepada kejayaan. Kita tidak mahu melakukan apa-apa kerja atau pekara yang tiada jaminan. kita hanya mengharapkan sekali cuba terus jadi atau berjaya. Di mana kita....fikir-fikirkan...

Yang sedia ada lebih baik...














    Apabila apa yang kita yakini sekian lama tiba-tiba dicabar, kita terdorong untuk mempertahankan pandangan kita . Kita tutup mata dan berpaut kuat pada pandangan kita. Sayang sekali...apabila kita berbuat begitu, pandangan kita hanya makin gelap. Fikir-fikirkan.....